boboy sangat2 keseronak dapat balik beraya dikampung halaman bersama atuk dan nenek dan pacik maciknyer.. biasalah raya pertama pn mak.. en bapak dan boboy bersembahyang raya disurau dikampung kami.. kemudian menziarahi sanak saudara terdekat yang berdekatan rumah.. dan raya kedua pulak pepagi menziarahi sanak saudara yang telah kembali kerahmatullah dan selepas itu menziarahi saudara mara yang tinggal jauh sediktla.. masih dinegeri yang sama cuma berlainan daerah je.. dan menjadi kebiasaan jugakla jem situ sna sini.. dan kalu xjem rasa macam raya xmeriah pulaks kan.. hehe:)
raya ketiga laks.. kami menziarahi sanak saudara yang telah kembali kerahmatullah di tanah perkuburan yang jauh sedikitla.. diluar daerah dan untuk lebey tepat di kampung halaman atuk boboy.. kemudian melawat sanak saudara yang masih bernyawa.. sedey pilu pon ada sebab keluarga belah ayahkanda pn mak semuanya sudah berusia tetapi masih panjang umur semuanya.. melihatkan wak salamah ( ibu saudara pn mak aka kakak sulung atuk boboy) yang memang masa tuanya dihabiskan di tikar mengkuang beralaskan tilam kekabu dengan tandas dihujung kakinya.. menyentuh perasaan kami.. dan kami seluruh keluarga datang menziarahinya dan bersalaman serta memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan kalau ada..
alhamdulillah dia masih boleh berbicara dan bercerita walaupon tidak dapat menggerakkan badannya..malah lututnya sudah krem tidak dapat diluruskan kaki.. sendi lutut sudah kehabisan gris.. telah mati sendi2nya.. hidupnya mengharapkan bantuan anak cucu untuk membalikkan badan bile sudah kelenguhan atau mungkin sekarang kelenguhan itu pon sudah tidak dapat dirasakan lagi.. sedey pilu kami mendengar dia bercerita.. bile dipanggil anak cucu makan berejam baru tiba menjengah menanya apa keperluan.. sedangkan keperluan telah tertunai terkencing terberak sebelom mereka tiba.. terus pn. mak terdetik dihati.. janganlah dipanjangkan usiaku hingga ke sebegini rupa.. menyiksakn diri dan keluarga..
namun tiada siapa yang harus dipersalahkan..ini adalah lumrah kehidupan.. setiap manusia punya nasib dan ketentuan tersendiri.. anak cucupon terkadang sibuk didapur.. suara yang memangil juga kekadang kedengaran kekadang tidak.. bila dah lama menguruskan kekadang akan menjadi tak terurusan kan?
tapi ini kira sangat bagus sangat.. sebab walau tandas dihujung kakai namun kami tidak terhidupon sebarang bau hancing atau busuk pon..tak seperti raya tahun lepas kami melawat dia dirumah anak bongsunya.. dirumah yang tersergam indah namun.. nak duduk dibilik wak itu tak tertahan rasanya.. bau hancing yg teramat sangat..terasa nak menutupje hidung namun difikirkan perasan orang tua.. kita yang datang melawat tak terhidu dek bau yang semerbak bagaimana lah pulak dengan wak yang tinggal bermingguan dibilik itu??
fikir2kan lah! biarlah sepadan dengan kemegahan rumah itu.. layanan pada ibubapapon harus semegah itulah jua..
raya keempat dihabiskan begitu saja.. bergossip, bercerita, berjalan ke pekan dan mengemas rumah.
raya kelima pertunangan adinda pn mak. kami sibuk pulak didapur menyiapkan makanan rombongan.. dikampung semuanya dibuat bergotong royong.. semuanya berjalan lancar even sedikit kalut.. raya ramailah yg datang ya dok?? makan plak berhidung bukan makan buffet.. hehe:) kampung style.. ponat.. hehe:) tapi seronoklah!
raya keenam berkelah ketepian pantai.. bawak nak2 dan adik2 berkumpul beramai2 melitat lautan dan manusioa.. raya weii.. penuh kat pantai.. tetapi malamnya dikejutkan dengan berita pemergian suami sepupu pn mak.. xlah mengejut sangat cuma xberapa disangka.. memang arwah telah lama menderita sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.. anak sulungnya baru saja naik bas kekedah bagi menyambung kembali pengajian.. setibanya disana dikhabarkan kematian ayahkanda terchenta..
tapi ada juga kebaikannya kan.. xperlulah menderita lelama di hospital menyusahkan kaum keluarga nak menjaga melawat dan bersedeh melihat kesengsaraan kita melawan penyakit.. anak2 semua dan pulang beraya dan bertemu mata semua sanak saudara dan bermaaf-maafan.. petang sellepas balik beraya.. arwah mengadu sakit dada.. si isteri mengurut2 dada dan minta izin menunaikan solat asar.. namun belom sempat solat sisuami terlantar terbaring tidak sedarkan diri.. dibawa oleh jiran2 ke hospital namun.. arwah meninggal diribaan isteri terchinta.. ucapan syahadah meniti di bibir hingga ke nafas yang terakhir dalam perjalanan ke hospital..
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin. Al-Fatihah!
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
9 years ago