Tuesday, September 29, 2009

:: update raya ::

boboy sangat2 keseronak dapat balik beraya dikampung halaman bersama atuk dan nenek dan pacik maciknyer.. biasalah raya pertama pn mak.. en bapak dan boboy bersembahyang raya disurau dikampung kami.. kemudian menziarahi sanak saudara terdekat yang berdekatan rumah.. dan raya kedua pulak pepagi menziarahi sanak saudara yang telah kembali kerahmatullah dan selepas itu menziarahi saudara mara yang tinggal jauh sediktla.. masih dinegeri yang sama cuma berlainan daerah je.. dan menjadi kebiasaan jugakla jem situ sna sini.. dan kalu xjem rasa macam raya xmeriah pulaks kan.. hehe:)

raya ketiga laks.. kami menziarahi sanak saudara yang telah kembali kerahmatullah di tanah perkuburan yang jauh sedikitla.. diluar daerah dan untuk lebey tepat di kampung halaman atuk boboy.. kemudian melawat sanak saudara yang masih bernyawa.. sedey pilu pon ada sebab keluarga belah ayahkanda pn mak semuanya sudah berusia tetapi masih panjang umur semuanya.. melihatkan wak salamah ( ibu saudara pn mak aka kakak sulung atuk boboy) yang memang masa tuanya dihabiskan di tikar mengkuang beralaskan tilam kekabu dengan tandas dihujung kakinya.. menyentuh perasaan kami.. dan kami seluruh keluarga datang menziarahinya dan bersalaman serta memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan kalau ada..

alhamdulillah dia masih boleh berbicara dan bercerita walaupon tidak dapat menggerakkan badannya..malah lututnya sudah krem tidak dapat diluruskan kaki.. sendi lutut sudah kehabisan gris.. telah mati sendi2nya.. hidupnya mengharapkan bantuan anak cucu untuk membalikkan badan bile sudah kelenguhan atau mungkin sekarang kelenguhan itu pon sudah tidak dapat dirasakan lagi.. sedey pilu kami mendengar dia bercerita.. bile dipanggil anak cucu makan berejam baru tiba menjengah menanya apa keperluan.. sedangkan keperluan telah tertunai terkencing terberak sebelom mereka tiba.. terus pn. mak terdetik dihati.. janganlah dipanjangkan usiaku hingga ke sebegini rupa.. menyiksakn diri dan keluarga..

namun tiada siapa yang harus dipersalahkan..ini adalah lumrah kehidupan.. setiap manusia punya nasib dan ketentuan tersendiri.. anak cucupon terkadang sibuk didapur.. suara yang memangil juga kekadang kedengaran kekadang tidak.. bila dah lama menguruskan kekadang akan menjadi tak terurusan kan?
tapi ini kira sangat bagus sangat.. sebab walau tandas dihujung kakai namun kami tidak terhidupon sebarang bau hancing atau busuk pon..tak seperti raya tahun lepas kami melawat dia dirumah anak bongsunya.. dirumah yang tersergam indah namun.. nak duduk dibilik wak itu tak tertahan rasanya.. bau hancing yg teramat sangat..terasa nak menutupje hidung namun difikirkan perasan orang tua.. kita yang datang melawat tak terhidu dek bau yang semerbak bagaimana lah pulak dengan wak yang tinggal bermingguan dibilik itu??
fikir2kan lah! biarlah sepadan dengan kemegahan rumah itu.. layanan pada ibubapapon harus semegah itulah jua..

raya keempat dihabiskan begitu saja.. bergossip, bercerita, berjalan ke pekan dan mengemas rumah.
raya kelima pertunangan adinda pn mak. kami sibuk pulak didapur menyiapkan makanan rombongan.. dikampung semuanya dibuat bergotong royong.. semuanya berjalan lancar even sedikit kalut.. raya ramailah yg datang ya dok?? makan plak berhidung bukan makan buffet.. hehe:) kampung style.. ponat.. hehe:) tapi seronoklah!

raya keenam berkelah ketepian pantai.. bawak nak2 dan adik2 berkumpul beramai2 melitat lautan dan manusioa.. raya weii.. penuh kat pantai.. tetapi malamnya dikejutkan dengan berita pemergian suami sepupu pn mak.. xlah mengejut sangat cuma xberapa disangka.. memang arwah telah lama menderita sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.. anak sulungnya baru saja naik bas kekedah bagi menyambung kembali pengajian.. setibanya disana dikhabarkan kematian ayahkanda terchenta..

tapi ada juga kebaikannya kan.. xperlulah menderita lelama di hospital menyusahkan kaum keluarga nak menjaga melawat dan bersedeh melihat kesengsaraan kita melawan penyakit.. anak2 semua dan pulang beraya dan bertemu mata semua sanak saudara dan bermaaf-maafan.. petang sellepas balik beraya.. arwah mengadu sakit dada.. si isteri mengurut2 dada dan minta izin menunaikan solat asar.. namun belom sempat solat sisuami terlantar terbaring tidak sedarkan diri.. dibawa oleh jiran2 ke hospital namun.. arwah meninggal diribaan isteri terchinta.. ucapan syahadah meniti di bibir hingga ke nafas yang terakhir dalam perjalanan ke hospital..
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin. Al-Fatihah!

Wednesday, September 16, 2009

dikesempatan ini pn mak ingin mengucapakan selamat menyambut hari raya aidil fitri yang bakal tiba dua tiga hari lagi.. mohon ampun dan maaf atas segala yang tidak menyenagkan hati semua!




selamat hari raya.

maaf zahir batin dari pn mak dan keluarga!

terima kasih semua kerana menceriakan kehidupan pn mak dengan warna2 kehidupan kalian!

muahhhhks! labiu olls!

Tuesday, September 15, 2009

:: muk cha ::

boboy pepagi buat lawak.. bangun2 sajer dari tidurnya dia terus tepuk tangan pn mak sambil cakap.. muk cha..
mak.. mak.. muk cha.. dan sekali lagi dia menepuk lengan pn mak..

anda semua tahu tak ape yang dimaksudkan dia.. boboy cakap ada nyamuk besar nk gigit pn mak.. while pn mak napped.. boboy jaga pn mak rupanya xbagi nyamuk gigit.. sooo sweeet.. hehe:)


tapi sebenarnya xdakpon nyamuk dia cuma teringat2 malam tadi pn mak.. tepuk nyamuk yg nk gigit dia.. heh:)

Thursday, September 10, 2009

:: rajin ::

boboy buat onar lagi malam tadi.. dia menagis berguling2 sebab nak mengikut en. bapak pergi kerja..ooop! sebenarnya nak membonceng motor lelama.. walau dah dibawah meraund taman perumahan satu dua round tapi xjalan.. dia dah besar dan dah pandai.. xnak dia turun dari motor en bapak hingga terpaksa pn mak mengambilnya dr motor dlm keadaan berguling2 tidak mahu.. pn mak terus2an memujuk2 dia.. tapi tak brapa nak jalan.. en bapak pulak dah kelewatan.. almaklumlah.. selepas berbuka nak rushing .. mandi and solat then bertolak pergi.. masuk kerja jam 9.. by 8 dah kena keluar rumah.. tapi terpaksa jugak luangkan seminit dua bawak boboy kesayangan mereka..

mujurlah dia buat onar sekejap sahaja.. bile diumpan dengan rancangan tv kegemarannya.. upin dan ipin.. sonyaplah dio... mekaceh boboy! kalu dia nonoton tv.. pn mak lega la sket dapat lah membuat kerja2 rumah yang melambak.. tapi jika dia dalam mode rajin baca buku.. ermm siaplah pn. mak! macam teruk jek pn mak ni kan.. anak dah rajin tuh okayla.. hehe:)

rajin ini bukan sebarang rajin dek non woiiii... rajin yang terober sea sket.. dia akan baca buku kamus bergambar dia tuh.. tanpa henti2.. dengan memaksa pn mak.. bacakan ape yang ditunjuk dalam buku.. dan.. dan.. dia xkan benarkan pn. mak buat2 apa kecuali concerttrate to his book.. jam 12.00 tghmalam la br siap baca.. bile pn mak tunjuk dan suruh dia read dia kan segera turned to other pages dan tanya pn mak.. ni aper? ni aper? last2 pn mak yg baca.. pn mak know he is learning too tapi ponat wei.. tp baguslah boboy! rajin sampai besar ya sayang!

ada sekali masa pn mak busy giler2 dia nak jugak paksa pn mak baca buku dengan dia.. bile pn mak off sume lampu and ask him to sleep.. dia menangis sambil tangan masih tidak lepaskan buku.. sambil meminta pn mak bukakan lampu.. bile bukak balik lampu diapon baca buku sambil masih mahu pn mak ngajarnya.. dia memang sangat rajin baca buku.. dia seronok dan suka bile pn mak buat bunyi2an binatang yang ada dlm buku dia.. dan bile balik kampung dia akan ajar nenek dan atuknya bunyi2an itu.. soooo cuteeeee!!!



inilah buku kamus bergambar dia.. tapi buku boboy dah tak chantek mcm nih.. dah koyak rabak dah.. bile mood tak baik dia mian seyek jek bukunya.. eiyy.. gerammm!!!

itulah ragam anak bujang pn. mak! semoga boboy terus membesar sihat dan kuat!

Wednesday, September 9, 2009

:: malas bangun sahur ::

boboy tak berapa sihat sekarang.. sedikit kepanasan badannya.. semalam sudah dibawa ke klinik.. harapnya akan bertambah pulih dan baik.. en bapak kerja shift malam.. so kami tinggal dua beranak jek dirumah menyebabkan pn mak kemlasan mahu bangun sahur.. akan tetapi dia tetap dikejutkan oleh boboy yang tak berenti2 merengek menyebabkan pn mak terpaksa bangun bersahur.. hehe:)

pn mak pon agak lewat bangun sebab memang dah set tidak mahu bangun dek sayangkan tidur.. akhirnya akur jua.. bangun dan bancuh air milo.. dibukak sajinya dilihat makanan semalam.. masih banyak namun tak terasa nak makan.. tapi kalau ada teman.. pasti abes gak seminggan.. sepinggan sahur la..

milo yang dibancuh diminum pon seteguk dua jek..



boboy xbangun pon.. tuk sama2 bersahur... hehe:) sajer jek dia.. bile pn mak dah bangun bancuh susu untuknya.. dia xminumpon tapi sebaliknya tidur balik..

ari nih nak masak ape ya? nantilah fikir..

daa!

Friday, September 4, 2009

:: boboy ::

hari kite cite pasal boboy plak ya.. boboy new habits..

sekarang ni adalah angkat tangan kepada jaga.. hehe:) kat kawasan perumahan kami memang ada guard yang jaga namun lately barulah berfungsi dengan kira ok sketla.. siap bagi sticker segala.. xmacam sebelomnya.. guard ada macam xdak je.. so everytime lalu kot guard house mesti dorang akan angkatkan tangan and boboy memang dah ingat and sukeee sgt angkat tangan kat dorang..

dari jauh lagi boboy dah siap mengangkat tangannya.. dan ada sekali tu.. while we past thru the guard house tuh.. boboy busy buat ape ntah and guard house tu dah lepas.. so apalagi.. sikecik tu terus nangis xhengat sbb dia xdan nk angkat tangan tuk guard2 tuh... huhuhu:( so pn. mak terkedek2 terpaksa pusing lalu balik.. gerammm tak? hehe:) kalu xdi ikutkan dia alamak xmasakla pn. mak dikacaunyer.. hehe:)

and pagi tadi plak dia nampak org2 prospel dok bersihkan jalan ka ape.. dok kat tengah2 devider jalan ... selamba jek dia angkat tangan kat org2 situ.. siap mulut lagi menyapa... hehe:)

macam2 ragamkan nak membuatkan pn. mak tesenyum memandang dia..



itu sahaja repekan pagi ini..


Thursday, September 3, 2009

::no more mode ::

now.. freesyle pulak ye!

mode busy and lazy sudah abes.. kehabisan stok ya! sekarang pn. mak dah rajin.. hehe:) hari ni tetiba rajin nak mengupdate blog..

pn mak sekarang dah xberapa nak sempat menonton siri kegemaran dia sebab asek balik lewat sahaja.. dan bile kelewatan itu maka sibok la pulak nak menyediakan juadah berbuka.. xsempat nak menonton sinetron kegemarannya..

rupa2nya pn mak silap buat tafsiranlah.. ingatkan si avril sudah berubah tapi sebenarnya masih jua seperti seadanya.. masih jua dia mendesak dan mencoba bermacam gaa cara untuk mendapatkan apa yang didambakan.. dan yang manisnya.. aqso dan madina sudah bersatu.. madina is so cutela.. and aqso.. chumel sangat.. hehe:)

tapi sekarang sinetron kegemaran pn. mak bertambah satu lagi.. nur kasih.. tak tahu kenapa drama ini seakan berhantu kan.. saban minggu ramai yang menantikan kisah selanjutnya.. harap2nya pn. mak tidak lupe untuk menontonnya.. almaklumlah.. jarang tgk tv3.. hehe:) kekadang lupe..



erm.. dalam tenet xde ka cite tu.. malas nk nunggu nih.. nk je tgk sampai abes terus.. hehe:) xnyabokan pn. mak.. ini bulan penuh kerahmatan so belajarlah bersabo yo!

itu aje repekan ari nih.

selamat berpuasa! dan selamat berbuka puasa ya!

daa!