Friday, May 29, 2009

::yeay- boboy lama naik kete::::

since en. bapak tiada dirumah so pn. mak tidak perlu rushing2 balik and bulih merendak ke mana saje tanpa pelu fikir mau segera pulang kerumah so pagi ini pn. mak telah memuruskan untuk membawa boboy and cik maid berjalan2 kerumah kak sha the eldest kazen.. yeay! boboy seronok sakan dlm car.. siap nyanyi2 lagi sampai muncung mulut ngikut lagu apatah nyanyian wing.. hehe.. seronokla katakan!

kalu tak mesti pn mak bawak meraund sekejap jek ek.. sekali dapat naik lelama.. memacam aksi boboy buat ya! tapi bile dah nak tiba ke rumah kak sha the eldest kazen boboy pulak doze off... maaf ya tiada photo yg dapat menceritakan 1001 cerita kerana blog ini tidak diluluskan untuk tepek menempek gambar mahupon gambar gajah ya!.. hehe harap korang sume kebosananlah membaca bebelah pn mak ya! hahahha..

itu saje repekan hari ini
selamat hari jumaat dan selamat reces lelama..

daa!

Thursday, May 28, 2009

::terlebih merepekan::

agak ke-free-an hari ini.. so penulis rasa mahu buat entry lagi.. entry yg lebih kepada entry merepekan heheh :-) penulis sengaja mahu menambahkan kebosanan dalam dunia yang sedang membosankan ini dengan kerja2 yang melambak2 yang jugak tidak pernah kehabisan.. dan penulis jugak sengaja membiarkan kerja2 itu tersadai tak berbelai.. hahha.:). haha rasakan kerja.. tiada dah orng nk belai ya!

dan jugak pn. mak mahu menumbuhkan tanduk dikepala yang bergeliga ini.. so ape lagi.. jommm.... ttttuuuuuaaangggg!!!! hahaha... gelak setan! jgn ikut ya perangai pn. mak ini.. dia sekarang berada dalam tahap transformasi yg salah.. dan sedikit terpesong dari transformasi yang asal ya! so ignore sajer!

okay enough.. for repekan petang.. kalu makan kerepek lagi bagus kan? teruskan merepek ...

en. bapak semalam berangkat pulang ke kampung halamannya.. sengaja sajer beliau mengambil coti2 mesia semata-mata mahu pulang ke kampung untuk mencurahkan sumbangan bakti kepada en. ayahkandanya... en. bapak mengambil coti tahunan semata2 mahu pulang untuk merepair motosikal pusaka milik ayahkanda yang telah rosak tapi belum rosak binasa ya... motosikal yang dibalun oleh en uncle boboy ... yang kini binasa adalah buku lali en.uncle boboy yang diseret tar jalan raya hingga beliau terpaksa dikejarkan ke hospital dan mendapat lebih... kurangnya tidak.... 7 jahitan.. uwaaa..uwaa..
walau bagaimanapon semoga en uncle boboy akan cepat sembuh..

kembali kecerita en bapak.. memandangkan en bapak kira2nya pakar jugaklah dalam urusan repair merepair ini so.. beliau mahu menyumbangkan sumbangan bakti buat ayahkanda tercinta selagi nyawa dikandung badan kan? bagus2lah.. beliau telah pulang kekampung bersama cik aunty boboy malam semalam.. yg sibok menempel dek kerana uni pon sedang bercoti2 semester sekarang ini... boboy dan pn mak telah menghantar mereka berdua ke station bas.. boboy seronok sakan dan agak kemabukan dengan bas2 yg teramatlah banyaknya disana..... hehe terpegun dia menengok bas dari jarak dekat dengan mata kepala sendiri.. secara live lagi... hehe.. kenapa boboy.. tak percaya!!!!

namun demikian boboy jugak telah membuat amukan sakan kerna mahu naik bas sama dengan en. bapak.. !dan bile diberi kebenaran untuk merasa naik dia kemudian engggak mahu turun see.. gimana mahu dibuat ini... hehe... so pn. mak grab jek dia sumbat dalam kereta dan drove home.. uwaa.. uwaaa.. sabar ya boboy! boboy jugaks akan follow untuk balik kekampung halaman tetapi bukan sekarang tapi pada musim cuti sekolah akan datang ini... itupon dalam masa yg sudah dekat jugaks.. so sabarlah sayang!

nape lah pn. mak nih nk tunggu cuti sekolah baru bagi boboy balik kan? macamlah boboy tu tidak boleh cuti sebab sekolah kan?.. jugak macamlah pn. mak tu cikgu atau cikgi kan? pn. mak byk kali jugak mintak nk jadi cikgu nih...tp tidak pernahnya dapat2.. huhu:) maybe rezeki pn mak blom ada lagi... atau maybe bukan rezeki pn. mak mahu jadik cikgu dan mendidik anak bangsakan kan? huhu:( bukan ape takut terajar ajaran sesat pulaks.. hehe:)

walaupon boboy belum bersekolah lagi akan tetapi musim inilah yang paling seronok buat dia sebab bila dia balik kampung musim cuti sekolah.. semua en.2 uncle dia dan cik2 aunty dia ada dirumah bercoti2 sekolah ...kecuali lah cik aunty2 yang gigih bertongkos lumos dan akhirnya lemas dalam pembelajaran untuk preparation exam yang penting yg around the corner ni right? seperti PMR dan SPM- selamat belajar penulis ucapkan!

ape lagi nak dibebelkan.. oh! kak sha kazen boboy and she is the eldest kazen he ever had.. now we called her kak sha the eldest kazen...jugak mahu pulang ke kampung halaman this coming skool holidays ... sebabnya... semata2 mahu belajar menunggeng motosikal .. haha:D..dia dah berusia 13 tahun.. biasalh mahu belajar benda2 macam gini kan.. ya ker?? pn. mak tahu ke bawak motor? hehe:) dolu2 masa seumor dengannya tahu la kot.. sekarang ini tidak pernah dicoba la pulak so tidak ketahuan lah masih tahu atau sudah kelupaan!!

semangat mahu belajar menunggeng memang sedang menebal dlm diri kak sha the eldest kazen tapi jgn meronggeng ke dlm sawah sudah la ya! hehe:) sebab ramai dah the previous student2 en datuk.. yakni en2 uncle dan cik2 aunty lah.. yg telah menyumbangkan ronggengan kepada tanah sawah milik en.ayahkanda nih ... selamat duitkan.. tidak perlu diabeskan untuk membayar ubpah membajak... hehe... kesemua mereka telah meronggeng kat situ dan kemudian surrender dah... tak nk belajar bawak motor dah! tp ada jugaks yg terlebih kegigihanya dan terus tekun berusaha.. akhirnya ada jugak yang berjaya... tahniah!

keputusan untuk belajar menunggang motosikal dikampung ini diambil oleh kak sha the eldest kazen setelah beliau tidak mendapat kebenaran en. abahnya untuk belajar menungang motosikal disini.. yakni dibandar kual lumpur ini...hehe.. tapi..dapat lepaskah kak sha the eldest kazen ? semoga berjaya ya! ya lah kan motor ada dua buah tersadai dibawah rumah... tetapi tiada sesaper yg tau bawak ( dlm family dia lah).. wat a waste right? nk ke kedai pon terpaksa berjalan kaki.. ada motornya tapi cuma boleh tengok jek.. sbb xdak siapa yg tahu bawak kecuali en. abah mereka.. semoga impian kak sha the eldest kazen akan tercapai dan hati en. abahnya akan lembut.. untuk memberi kebenaran..hehe:) gud luck ya!

itu sajelah repekan petang ini... lain kali penulis akan merepak lagi.. jangan kerinduan ya!
daa dears!

::pagi ini::

semalam pn. mak agak kebizian jugakla.. so xsempat nk hupdate blog.. tapi sebenarnya jugak ketandusan idea nk coretkan cerita disini.. so end up dgn cite pasal boboy je lah kan.. lagipon ni catatan pn. mak tuk anaknya boboy.. heheh:) ari ni pon sama jek ari2 bwk meraund dan agak dasat sket pagi nih sbb byk umpanan2 tak menjadi dan memberi kesan..

so dua round bawak jalan2 pastu left him and his cik maid tepi bukit so dia leh explore2 bukit kejap since boboy sgt2 terkesima dan terpesona dengan bukit dan batu belah batu bertangkup ini.. everytime lalu kat bukit terbelah kat jln duta tuh dia mesti terpesona tambah2 pulak malam disinari cahaya neon yang kekuning-kuningan.. indah sekali kan!... hehe.. bukit yang pn. mak tinggalkan dia pagi tadi bukan bukit batu belah itu ya.. cuma bukit construction org nk ratakan buat kawasan perumahan baru.. bt still he is so curious... bukit itu xjauhpon dr rumah... dlm 500 meter saje kira2 dlm perkiraan jarak pn.mak.. so jenjalanlah dorang balik rumah ya.. !

pn.mak keponatan nih.. ada beberapa permasalahan yang belum selesai dan kerja2 yang terus-terusan melambak2 di table kesayangan nya.. huhuhu:) kesian pn. mak ya! ada tak volunteer yg nk bantu ringankan beban.. wakakakah.. xdepon kan?

terpaksa berenti disini sajer ya.. ada tangan melambai memangil tuk siapkan kerja2.. so nanti2lah cerita lagi ya!

take care..daa!

Tuesday, May 26, 2009

::jom carik meow::

flu yang melanda boboy sudah semakin berkurang dan boboy sudah semakin baik.. alhamdulillah!.. cuma sekarang masih ada sedikit lagi hengu2san yg kuar2.. but overall he's getting better and better and better.. semoga dia sihat sepenuhnya before end of this week!Iinsya Allah!

so ape lagi kan bile he's getting betterand better so pagi ni meraund la dia seraound ke kaw taman perumahan sebelom pn.mak berangkat ke tempat kerja.. it's a morning routine ya! if ipn. mak miss to do so.. she gonna missed it the whole day!!.. walaupon kelam kabut.. but pn. mak sangat gembira melakukannya setiap pagi dan petang.. dan terbiasa jugak bila dah meraund boboy tidak mahu turun dari kereta pn. mak. so cik maid dia terpaksa mengumpan dia turun dari kereta dengan mengajak dia pergi tengok meow!! jika tidak dia tidak mahu berpisah dengan pn. maknya kerana dia tahu pn. maknya akan tinggalkan dia dirumah.. dia kebossana la tuh plus.. manja2 nak mengada2 giteww!.. .. tp nasib baiklah dia termakan umpanan cik maid dan mahu turun dari kereta dan nak cari meow!!.. biasalah boboy nih animal fans club.. ape2 je animal yg lalu dpn umah.. dia interested! like bird.. ant.. fly.. butterfly.. and etc.. cat tuh ala2 nyawa2 ikan dikerjakannya! tak de la gajah rimau yang lalu depan rumah ya dok?.. doggie and kitty tuh biasa lah! hehe:) boboy ni plak.. doggie pon dia panggil meow! so cik maid ko layan la boboy! tak jupe meow tuh..jangan harap cik maid bulih masuh rumah.. hehe:)

carik ya jangan tak carik!

Monday, May 25, 2009

::selasema::

hari ini pn. mak agak kerisauan sedikit kerana terpaksa meninggalkan si boboy bersama cik maidnya dirumah.. bukan ape ya kengkawan.. jangan salah tafsir dan salah pemahaman.. bukan kerisauan dek takut di dera cik maid dia ya! .. tetapi kerisauan disebabkan boboy telah dilanda selsema yang agak teruk.. huhuhu:(.. sekarang ini pulak sedang kecoh dengan selasema H1N1 yang melanda dunia... dan semestinya si boboy bukan dilanda wabak selasema itewww.. ya!

shian sangat2 pada si boboy pn. mak!!! .. malam tadi dia xdapat nk tidur dengan lena dan beristirehat dengan tenang .. kerana asek2 terganggu saje tidurnya mungkin disebabkan kesukaran bernafas dan kahak yang menggangu sistem pernafasannya.. sedih pn. mak melihat keadaan boboy yang sering menangis dan meragam malam tadi .. dan lagi sedeh jugak tidur pn. mak juga terpaksa diganggu kan.. manakala en. bapak pulak tidur mati sajer langsung tidak terganggu ya! atau buat2 mcm tidak diganggu.. heheh:)

dan jugak ini adalah pertama kali dalam sejarah boboy tidak memaksa perlukan pn. mak atau en. bapak membawa dia meraund2 taman perumahan kami macam kebiasaannya setiap pagi..... dia sebenarnya langsung tidak jaga semasa kami bersiap2 mahu ketempat kerja.. mungkin jugak ini disebabkan gangguan tidur yang dialaminya yang jugak menyebabkan pada waktu hening pagi baru dia dapat melelapkan mata tanpa gangguan kahak2 durjana itu.. ces! cepat2 dikau nyah dr tubuh boboy! walaupon tidak perlu berebut dengan boboy dikala bersiap2 dan tidak perlu membawa boboy meraund2 taman namun hati pn mak xrasa seronokdan gembirapon... .. tetapi pn. mak rasa mcm missing in action.. rasa xlengkap paginya tanpa diganggu boboy tercinta.. tak complete rutin pagi tanpa membawa boboy meranud.. pn mak agak kerinduan him bothering her every morning.. huhuhu:(

get well soon boy!. cepat sembuh dan kacau pn. mak ya! lab u son!

take care.. daa!

Friday, May 22, 2009

:: have anice weekend::

selamat berhujung minggu sume.. sekarang pn. mak mahu merehatkan minda.. dengan memberikan bacaan ringan dan mendengar alunan musim yang tenang dan mendamaikan terapi diri.. sambil bersantai dan minum ais lemon tea bersama teman2..
so ciow ya! pn mak pulang dulu ya!
have anice weekend!

:: introducing boboy::

i ada anak lelaki yang sangat2 active dan sangat jugak bijak.. boboy nama diberi disini...bijak la pada pemikiran pn.mak dia ni kan! kebijaksanaan dia telah dia gunakan sepenuhnya setiap hari.. dengan bangun seawal mungkin.. atau terus sajer bangun apabila pn.mak dia bangun nk solat subuh dan bersiap2 ke tempat kerja.. boboy akan segera bangun dan dia akan memastikan bahawa pn.mak dia berada disebelah dia atau ada pada pandangan mata dia.. jika tidak dia akan jadi 'ultramen oren' dan akan mem fire seluruh rumah kediaman dan akan membingitkan suasana keheningan pagi dinihari. .. hehe:)

dek kerana keawalan dia bangun setiap pagi.. so tiap2 pagi jugak pn.mak dia atau en.bapak dia akan terpaksa membawa dia makan angin menghirup udara segar pepagi buta.. sama ada membonceng motosikal atau meraund dengan kerete keseluruh kawasan taman perumahan.. setiap pagi atau petang sebelum kami ke tempat kerja atau pulang dari tempat keje masing2.. itu adalah amalan rutin.. dan lepas sudah dibawa makan angin hingga kembung perut tuh.. kena pulak diumpan dgn basikal oleh cik maid dia.. bawak larik ngan basikal pulak baru dia mahu turun dari kereta atau motosikal.. x ke parah! maka dengan ini hari2 la mak dia akan kelewatan dan mula memecut ke tempat keje.. hehe.. alasan ke?

itulah cerita kebijaksaan boboy.. dia dapat tahu siapa yang nk ketempat kerja walau semua orang bersiap2.. so tidak boleh nak tipu dia.. tunjuk yg cik maid nk ke kedai atau sebagainya.. atau en. bapak yang nk keluar..(en. bapak kerja shif mlm/siang) so ada minggu2 dia berada dirumah sepanjang hari..
memang penat dan geram jugak.. tambahan jika pn. mak dia kelewatan bangun.. ngeee.. especially time off subuh.. kelam kelibut dibuatnya plus nk meraund dulu.. xlayan kan.. anak sorang.. hehe:)

itu sajer dulu.. take care!

::sadis jugak::

ini adalah kisah yg agak sadis dan lebih kepada memalukan.. hehe:) agak ke.. malu.. an jugak la.. semalam mr. darling nk ke luar negeri.. bukan keluar negara ya.. dia pon menjalankan xtvt memujuk.. merayu. membodek.. menyogokbagai.. mrs darling dia.. 'baek punya' .. sbbnya dia mahu tukar kereta.. so bile i dah nampak cam mr darling mcm dah xdak alternatif dah and ala-ala buat muka kesian sgt2 so i pon agree la.. so this week i kena pakai kete 'tua' dia tu lah.. hehe:) kete tua aka classic lorr.. kan biasalah.. bila dah aging nih bykla problemnya.. meter fuelpon dah xberfungsi dgn baik.. so i even terpaksa menggunakan kereta tua namun activiti berjalan2 berfoya2 tidak akan tertunggak so.. i pegi pick my sister and frens la nk berjoli2 sakan kan.. mr darling dah kowtem 'baek ' punya.. so i pon buat mcm dunia ini aku yang punyaaa..!!! hahahhaa:D

dalam dok bergelak2 ketawa2 and gediks2 gitewww.. tetiba surrr.. mppphhh../@!*%$...
enjin kete mati.. kat tengah2 jalan.. dekat ngan traffic light and flyover and u-turn lane.. kite oreng sume dah panic jugaklah.. i try nk start kete tp xbulih.. lama jugak kami duduk je dlm kete sambil nyalakan emergency signal.. uwaaa.. uwaa.. kami punyalah vouge tp kena bersantai tepi jalan.. ni xbole jadi nih! kete kami mati sebab kehabisan minyak.. huhuhu.. malu wei.. org dah lalu lalang sibok dok pon!pon!pon!.. ape nk buat nih.. cane nih.. nk kuar kete.. malunya.. dah la pakai kete 'tua' kan.. so dlm 20 minit tuh litrak dtg.. dia kata nape xg beli minyak je.. uishhh.. kami nk jalan g beli minyak?.. ooooo no.. no.. kami ni .. seb baik isi minyak pon ala2 reti .. nk buat benda lain tu.. alamak.. cane nih.. dan si en. litrak tuh.. xpon nolongnya.. dia kata sat lagi towing datang tunda our car ke kawasan yg lebih lapang sbb kerete kiteorang ini telah menyebabkan jem yang teruk.. hehe:) i songeh je lah..

so tunggu.. punya tunggu.. towing pon tidak juga muncul.. camane dia nk sampai kalu dah memang sepanjang lebuhraya persekutuan itu jem teruk.. tetapi nasib menyebelahi kami kerana kami diselamatkan oleh mr. superman. dia telah datang datang rescue kami dengan membawa satu tong minyak yg berharga rm10.00! seb baik kan.. ada superman!.. walaupon jalan2 semua jem pon tp dia leh'terbang' tuk selamatkan dunia.. thank you mr.superman! laen kali rescue lagi ya!

itulah pengalaman sadis dan agak memalukan.. memang malu wei.. dok kat tepi jalan.. nk duduk dlm kerete.. panazzzz.. so terpaksa tebal muka tayang kat tepi jalan.. heheh:) xpenah2 dalam hidup i bawak kete mati sbb xdak minyak.. pemgalaman dan pengajaran tuk kami.. dan moral dia.. jgn dok perasan bile fuel signal liplap2 tuh .. buat andaian dapat pegi lagi.. beberapa km ya! kalu dak.. ambik ko!

k. take care.. jgn kete mati ya!

Thursday, May 21, 2009

::signiture::

testing for putting my signiture! okay ka?

::merepek::

i memang jenis suka sangat berceloteh.. hehe:0 sebenarnya xde ape2 pon.. saje jek nk membazirkan masa kat sini kan.. tengok2 and baca2 kisah2 org laen .. tgklah remarkable of others journey right? best.. rasa mcm stalker pon ada.. tp memang all the story yg diblogkan tuk di stalkerkan kan? kekadang bile kita rasa kita sedih ka susah ka.. kite leh tau ada lagi kisah2 sedeh yang lain yg direveal or not.. di dunia nih.. so bak kata pepatah glamer.. dan orang cendiakiawan islam.. berusahalah kita seumpama kita akan hidup seribu tahun dan beribadatlah kita umpama kita akan mati esok hari.. rsnya lebih kurang macam nih la .. jika xbetul.. tolong perbetulkan yae!

::first step::

today i start my new blog.. after my previous blog been hacking.. so here i am.. do not know how shud i start here..coz.. rasa mcm blank jek.. rasa janggal dan xkeruan jugaks.. do not know why? bt still i feel so excited to start my journey here.. so let give my self a try and chance..right? hope i will have supports by all of u olls outhere.. and we can share anything.. like wat peeps say nowdays.. sharing is caring.. right? hehe:)
rasanya itu saje intro yg ntah ape2 je.. salam sayang.. and now get start my lovely journey..
hope i will soon!

regards, take care!
tata!