Thursday, May 28, 2009

::terlebih merepekan::

agak ke-free-an hari ini.. so penulis rasa mahu buat entry lagi.. entry yg lebih kepada entry merepekan heheh :-) penulis sengaja mahu menambahkan kebosanan dalam dunia yang sedang membosankan ini dengan kerja2 yang melambak2 yang jugak tidak pernah kehabisan.. dan penulis jugak sengaja membiarkan kerja2 itu tersadai tak berbelai.. hahha.:). haha rasakan kerja.. tiada dah orng nk belai ya!

dan jugak pn. mak mahu menumbuhkan tanduk dikepala yang bergeliga ini.. so ape lagi.. jommm.... ttttuuuuuaaangggg!!!! hahaha... gelak setan! jgn ikut ya perangai pn. mak ini.. dia sekarang berada dalam tahap transformasi yg salah.. dan sedikit terpesong dari transformasi yang asal ya! so ignore sajer!

okay enough.. for repekan petang.. kalu makan kerepek lagi bagus kan? teruskan merepek ...

en. bapak semalam berangkat pulang ke kampung halamannya.. sengaja sajer beliau mengambil coti2 mesia semata-mata mahu pulang ke kampung untuk mencurahkan sumbangan bakti kepada en. ayahkandanya... en. bapak mengambil coti tahunan semata2 mahu pulang untuk merepair motosikal pusaka milik ayahkanda yang telah rosak tapi belum rosak binasa ya... motosikal yang dibalun oleh en uncle boboy ... yang kini binasa adalah buku lali en.uncle boboy yang diseret tar jalan raya hingga beliau terpaksa dikejarkan ke hospital dan mendapat lebih... kurangnya tidak.... 7 jahitan.. uwaaa..uwaa..
walau bagaimanapon semoga en uncle boboy akan cepat sembuh..

kembali kecerita en bapak.. memandangkan en bapak kira2nya pakar jugaklah dalam urusan repair merepair ini so.. beliau mahu menyumbangkan sumbangan bakti buat ayahkanda tercinta selagi nyawa dikandung badan kan? bagus2lah.. beliau telah pulang kekampung bersama cik aunty boboy malam semalam.. yg sibok menempel dek kerana uni pon sedang bercoti2 semester sekarang ini... boboy dan pn mak telah menghantar mereka berdua ke station bas.. boboy seronok sakan dan agak kemabukan dengan bas2 yg teramatlah banyaknya disana..... hehe terpegun dia menengok bas dari jarak dekat dengan mata kepala sendiri.. secara live lagi... hehe.. kenapa boboy.. tak percaya!!!!

namun demikian boboy jugak telah membuat amukan sakan kerna mahu naik bas sama dengan en. bapak.. !dan bile diberi kebenaran untuk merasa naik dia kemudian engggak mahu turun see.. gimana mahu dibuat ini... hehe... so pn. mak grab jek dia sumbat dalam kereta dan drove home.. uwaa.. uwaaa.. sabar ya boboy! boboy jugaks akan follow untuk balik kekampung halaman tetapi bukan sekarang tapi pada musim cuti sekolah akan datang ini... itupon dalam masa yg sudah dekat jugaks.. so sabarlah sayang!

nape lah pn. mak nih nk tunggu cuti sekolah baru bagi boboy balik kan? macamlah boboy tu tidak boleh cuti sebab sekolah kan?.. jugak macamlah pn. mak tu cikgu atau cikgi kan? pn. mak byk kali jugak mintak nk jadi cikgu nih...tp tidak pernahnya dapat2.. huhu:) maybe rezeki pn mak blom ada lagi... atau maybe bukan rezeki pn. mak mahu jadik cikgu dan mendidik anak bangsakan kan? huhu:( bukan ape takut terajar ajaran sesat pulaks.. hehe:)

walaupon boboy belum bersekolah lagi akan tetapi musim inilah yang paling seronok buat dia sebab bila dia balik kampung musim cuti sekolah.. semua en.2 uncle dia dan cik2 aunty dia ada dirumah bercoti2 sekolah ...kecuali lah cik aunty2 yang gigih bertongkos lumos dan akhirnya lemas dalam pembelajaran untuk preparation exam yang penting yg around the corner ni right? seperti PMR dan SPM- selamat belajar penulis ucapkan!

ape lagi nak dibebelkan.. oh! kak sha kazen boboy and she is the eldest kazen he ever had.. now we called her kak sha the eldest kazen...jugak mahu pulang ke kampung halaman this coming skool holidays ... sebabnya... semata2 mahu belajar menunggeng motosikal .. haha:D..dia dah berusia 13 tahun.. biasalh mahu belajar benda2 macam gini kan.. ya ker?? pn. mak tahu ke bawak motor? hehe:) dolu2 masa seumor dengannya tahu la kot.. sekarang ini tidak pernah dicoba la pulak so tidak ketahuan lah masih tahu atau sudah kelupaan!!

semangat mahu belajar menunggeng memang sedang menebal dlm diri kak sha the eldest kazen tapi jgn meronggeng ke dlm sawah sudah la ya! hehe:) sebab ramai dah the previous student2 en datuk.. yakni en2 uncle dan cik2 aunty lah.. yg telah menyumbangkan ronggengan kepada tanah sawah milik en.ayahkanda nih ... selamat duitkan.. tidak perlu diabeskan untuk membayar ubpah membajak... hehe... kesemua mereka telah meronggeng kat situ dan kemudian surrender dah... tak nk belajar bawak motor dah! tp ada jugaks yg terlebih kegigihanya dan terus tekun berusaha.. akhirnya ada jugak yang berjaya... tahniah!

keputusan untuk belajar menunggang motosikal dikampung ini diambil oleh kak sha the eldest kazen setelah beliau tidak mendapat kebenaran en. abahnya untuk belajar menungang motosikal disini.. yakni dibandar kual lumpur ini...hehe.. tapi..dapat lepaskah kak sha the eldest kazen ? semoga berjaya ya! ya lah kan motor ada dua buah tersadai dibawah rumah... tetapi tiada sesaper yg tau bawak ( dlm family dia lah).. wat a waste right? nk ke kedai pon terpaksa berjalan kaki.. ada motornya tapi cuma boleh tengok jek.. sbb xdak siapa yg tahu bawak kecuali en. abah mereka.. semoga impian kak sha the eldest kazen akan tercapai dan hati en. abahnya akan lembut.. untuk memberi kebenaran..hehe:) gud luck ya!

itu sajelah repekan petang ini... lain kali penulis akan merepak lagi.. jangan kerinduan ya!
daa dears!

No comments: