Monday, June 29, 2009

:: bersihkan sawang jek::

pn mak singgah ke rumah ini sekejap.. mahu mengemop habuk2 dan menyapu sawang2.. sudah beberapa hari tidak menjengahkan diri ke rumah kedua ini.. ada sedikit kerinduan namun tiada ape yang ada untuk dikongsikan bersama disini.. cuma terperanjat jugak ngan kehilangan raja pop dunia.. micheal jackson (MJ) kan? kalu betul dia telah convert.. bagus untuk dia kan.. meninggal pada hari jumaat.. terlepas seksa kubur..

pn. mak xdelah minat sangat ngan raja pop ini.. tapi dulu masa kat sekolah rendah.. ada budak kelas pn. mak minat gile ngan dia.. selalu je nyanyi lagu MJ dan menari2 break dance.. pantang ada peluang itulah kerja dia.. and memang dia sahaja yang mengingatkan pn. mak kat MJ..

cerita boboy xdela ari ni..

Tuesday, June 23, 2009

:: janji lagi hari ini ::

semalam pn. mak janji nak tebus balik ngan boboy tapi sayangnya semalam ada kerja la pulak .. pn. mak tiba dirumahpon dah jam 8.30++.. si boboy dah menangis2 bila nampak pn. mak nya balik.. nak bawak dia meraound pon dah malam.. kesiannya tengok dia makan coco crunch jek nagn en. bapak..
tapi xpe ari ni pn. mak janji lagi nak balik awal.. tengah dok bersiap2 nak balik ni.. ada plak kerja yang mendatang urgent plak tuh.. so pn. mak realese tension dulu ngan update blog.. bulih tak macam ni?
so itu sajerlah repekan for today.. kena siapkan kerja dan balik.. bile kerja nak melulu macam ni.. maunya pn. mak tersalah2 je buatnya..
ok.. daa semua.. take care!

Monday, June 22, 2009

::selamat hari lahir kak sha ::

sekadar update supaya rumah ini tidak bersawang atau berhantu sebab ditinggalkan tuan dia lama sangat kan.. hehe:)
semalam kak sha the ekdest kazen menyambut hari lahirnya yg ke 13.. pn. mak pon compius.. umor kak sha ni 13 ke 14.. hehe:0 semalam tanya dia besday yang ke berapa then dia cakap.. 13 tahun.. selamat hari lahir semoga panjang umor murah rezeki dan belajar rajin2 semoga berjaya jadik apa jua yang kak sha the eldest kazen mahukan..
pn. mak dan boboy dan en. bapak dan cik maid sume pergi sana.. emak kak sha masak mee kari dan bihun goreng untuk jamuan tersebut.. mee kari emak kak sha memang the bestla.. thanks ya jemput.. boboy coming besday ni bulihla pn. mak booking caterernya ya.. hehe:)
boboy pagi ni bangun lambot so pn. ma tinggal jek dia.. tapi macam biasa bile dengar je enjin kereta terus bangkit dari tidur and intai pn. mak.. sebab hari ini pn. mak by hook or bycrook kena sampai awal opis so.. xlayan pon boboy.. biar jek dia dok nagis2 depan pintu.. kesian ya.. tapi tidak mengapa balik nanti pn. mak tebusla ya.. nanti bawak pusing2 okay.. cayang!

itulah hupdate yg biasa2 sajer..
daa!

Thursday, June 18, 2009

:: peristiwa hari ini ::

today tiade story bout boboy sbb boboy still sick.. and tidak ada lagi perangai2 baru yang hendak dicatatkan disini.. semuanya still sama.. pagi2 kena bawak dia meround, malam pulak en. bapak jugak kena bawak meround.. pagi2 bangun awal.. cuma hari ni kelewatan sedikit.. mungkin sebab dia tidak berapa sihat so diakelewatan sikit bangun.. yang mana bagus bagi pn. mak.. xpayah bersekaki jek dengan dia nak buat ape2 kan?

pagi tadi pn. mak bawak cik maid dia pergi interview.. cik maid mahu cari kilijo maa.. kelijo maid ni kurang memberangsangkan.. gaji yang dibayar mungkin memang ciput hehe:) dia mahukan gaji berdigit empat angka maa.. tapi belum kedapatan lagi .. mesti terus berusaha lagi ya cik maid! walaubagaimanapon selamat mencari kerjalah cik maid.. semoga mendapat pekerjaan idaman.. boboy jika cik maid sudah mendapat kerja nanti maka pn.mak akan menghantarnya ke taska la.. mesti si boboy seronok sakan nantikan.. ada ramai kawan.. ada cikgu2.. boboy suka sgt berkawan2 and bergurau senda dengan orang ramai.. hehe:)

dan just now.. pn mak dihubungi oleh cik maid.. bilik makan.. bilik belakang telah dijadikan sebagai bilik makan.. telah terkunci pintunya dan kuncinya tidak dijumpai.. bersama pn mak ini .. ada selonggok kunci tapi tidak ketahuan samaada ada atau tidak kunci bilik tersebut.. dan yang harunya.. semua masakan yg dimasak untuk makan tengahari ini berada dlm bilik tersebut.. ini adalah gara-gara tidak mahu boboy mengacau meja makan.. sekarang diorang pulak yg xdapat makan..haha:P

haruskah pn mak balik menghantar kuncinya? erm.. pretty far jugak ni.. kalau balik terus tu.. lain cerita kan? huhuhu:( sabar lah ya.. masak yang lain jek.. o pecahkan sajer tombolnya.. tombol diapon memang dah rosak.. susah nk lock and open..
atau kejutkan en. bapak.. dan do what he expert to do.. repairing.. macam tikus membaiki labu.. hehe:)

ok la.. muak tak ngan repekan hari ini..

selamat menjamu selera.. bye!

Wednesday, June 17, 2009

:: masih kebatukan ::

boboy masih belom sembuh sepenuhnya dari selasema dia dan sekarang dah melarat2 ke batuk2 yang berkahak jugak yang terkadang menyebab dia termuntah- muntah.. alahai.. kesiannya pn. mak melihat keadaan anakanda terchentanya.. kenapalah terjadinya demikian kan.. ubat sudah diberikan.. malah dan dua kali ke klinik.. tapi masih jugak selasema dan batuk2 itu degil tidak mahu meninggalkan dia..

bagaimanakah harus ditangani permasalahan ini.. tuan2 dan puan2.. perlukah dibawa ke klinik sekali lagi.. atau adakah cara2 perubatan lain yang bulih pn. mak gunakan? dan jugak permasalahan disini jugak.. disianghari batuk dia tidaklah seteruk dimalam hari.. adakah disebabkan kipas yg berputaran ligat di siling yang menambahkan sesak didadanya atau bagaimana?

walau bagaimanapon didoakan semoga boboy cepat sembuh.
amin!

Tuesday, June 16, 2009

::tiru meniru::

speaking of pampers.. boboy ini tersangatlah cepat belajar dari pemerhatiannya.. malam semalam cik maid cakap dia selepas mandi.. ternampak pampers kepunyaan pn. mak dan dia pon mengambil nya.. dan dengan lagak macam pn. mak lakukan.. tidak pasti dia melihat siapa yang melakukan demikian.. samada pn. mak atau auntie2 dia semasa dikampung.. tidak dapat dipastikan.. namun dia macam tahu2 sahaja.. terus membukanya dari plastik .. dan kemudian membuka pelekat sekali lalu diletakkan ditempat yg sepatuntnya diletakan... dan gaya tterkepit2 dia berjalan sekeliling rumah..
eiyyy.. jangan la tunjukkan apa2 perbuatan yg tidak sepatutnya dihadapan dia.. semuanya sekarang dia akan cuba buat... sabar sajer lah kan?

dan yang paling pn.mak gelabah sekali apabila dikhalayak ramai dia tetiba ckp bak..bak..bak.. sambil tangan kecilnya dia dok sentuh2 part itu dan mahu'membukaknya'.. nk bak meaning nk neneng fresh from the oven.. and dia selamba je selak2... bukannya dia tahupon nk minum cuma nk letak kat mulut sbb asek dok tgk kazen2 dia buat mcm tuh!.. so diapon nak jugak..

sabar sajerlah boboy!

::pampers kena pakai::

hari ini pn. mak kurung boboy didalam bilik cik maid dia.. sebab dia asek sekaki je dengan pn. mak.. apabila pn. mak memberitahu dia pn. mak nak mandi.. dia dengan sepantas kilat pergi berdiri didepan bathroom dengan mulut tidak berenti berkata.. ndi.. ndi..nak mandi jugak.. dia takut pn. mak tinggalkan dia lerr.. yang paling bagus lagi.. dia siap2 dah tanggalkan seluarnya betul2 didepan pintu bilik air.. pn. mak xjadik mandi and bawak dia naik ke bilik cik maid.. and nasib baik dia nak bermain2 dan tidak mengacau pn. mak mandi lagi.. dan setelah siap bermandi manda pn. mak keluar senyap2 dari bilik... dan menutup pintu bilik tanpa disedari boboy.. hehe:) kerna dia sedang asek bermain2 dengan mainan diadengan dilayan oleh cik maid..

akan tetapi apabila pn mak menghidupkan enjin kereta... dia terus mengintai dari tirai kamar..ditingkat atas... sambil tanganya asek melambai2.. memanggil pn. maknya.. bukan melambai untuk babai ya! melambai mahu pn mak ambil dia.. huhu sayu jek kedengaran.. namun begitu pn mak harus keraskan hati.. kalu tidak makin lambatlah ke tempat kerja..pn mak terus jugak waiving... dia sambil memberikan flying kiss dan memandu keluar..
tata dear!

itu kisah si boboy pada pagi tadi.. namun kisah malam tadi pulak laen hehe:) en. bapak pada minggu ini bekerja shif malam.. so dalam pukul 8.00 mlm dia akan bertolak dari rumah.. petang semalam pn. mak telah siap2 mandikan boboy dan siap pakai pampers namun dia enggan memakai baju.. dalam pada dia dok towaf2 rumah sambil sekaki jek dengan pn. mak tangan dia asek dok menarik2 pampars dia... dan akhirnya berjaya jugak dia menanggalkan pempers yang dipakai.. macam itulah sikap boboy sekarang ini jika tidak dipakaikan seluar dia kan berusaha menanggalkan pampaers yang dipakai.. geram jek pn. mak.. pampers tu baru lima minit dipakai tapi sekarang rosak lah tidak dapat dilekatkan lagi pampers .. semestinya tidak dapat digunakan lagi..

he's so happy .. being naked.. jenjalan dlm rumah.. apabila di panggil untuk pakai balik pampers dia cuba melarikan diri.. akan tetapi.. tiba2 apabila en. bapak dia membuka pintu depan rumah mahu ke tempat kerja.. dia pon terus kelam kabut..seakan panic.. what to do? dan mulutnya dok terkumat kumit menyebut.. pers.. pers.. pers.. mintak dipakaikan pampers untuknya sbb dia mahu membonceng motosikal bersama en. bapak... sungguh mengelikan hati melihat gelagat boboy.. berlari2 ke dalam rumah sambil mengheret plastic pampersnya meminta seseorang memakaikannya..dan kemudian bile kedengaran enjin motosikal berlari pulak kepintu dengan tagisan anak.. takut ditinggalkan en bapak dan tidak dapat nk membonceng motosikal ..dalam waktu yang sama jugak kemudian dia berlari masuk kerumah mahu dipakaikan pampersnya... hehe:-) tergelak kami sekeluarga melihat gelagat dia yg memang sangat2 kelam kabut takut ditinggal en. bapak.. akhirnya berjaya jugak dia dipakaikan pampers. diapon terus berlari mendapatkan en. bapak di luar pagar.. tahu pulak dia ya, kena pakai pampers nak naik motor kan? hehe:)

itu sahaja repekan hari ini..

Monday, June 15, 2009

::kak sha::

pn. mak ari nih terpaksa memusing2kan boboy dua round and dia still xnak ikut cik maid dia.. bile pn. mak stop jek dpn pagar rumah dia terus cuba escape ke belakang dan kedepan supaya cik maid tidak dapat mengeluarkan dia dr kereta.. kesian jugak menengoknya.. sudah makin bijak kan si boboy ini.. dah tau dia kena keluar dari kereta dan pn. mak akan meninggalkan dia.. bile cik maid datang ke kereta.. siap menagis2 dan mengelepar atas dukungan cik maid lagi..kan semalam boboy sudah keluar berjalan2..

semalan pn. mak menghantar kak sha the eldest kazen balik..sambil membawa boboy berjalan2.. kak sha the eldest kazen datang masa boboy pergi kerumahnya menghantar kudapan dr kampung halaman .. masih bercuti sekolah waktu itu jadi dia tidak mahu melepaskan peluang untuk mengcompletekan misi utama dia pada musim cuti sekolah ini.. setelah dia tidak dibenarkan en. abahnya untuk balik kekampung belajar motor..

jadi dia bercadang mahu cik maid atau en. bapak untuk mengajarnya menungang motosikal.. and yeay! dia telah berjaya.. kak sha the eldest kazen sudah tahu menunggang motosikal dan bukan membonceng ya! tahniah! tapi tungganglah dengan berhati2.. jangan jugak menyalahgunakan kepandaian menunggang itu kejalan yang tidak betul ya!

namun begitu kak sha the eldest kazen telah merajuk sebab bile dia sudah tahu menunggang motosikal ini, dia dah melebih2 pulak mahu pn.emaknya membeli motosikal baru untuknya.. apa engkau fikir harga sebuah motosikal itu seratus dua sahaja.. mahu sekarang harus dibeli sekarang? ape kamu fikir pn. emak kamu itu kaya raya.. mahu motorsikal dibelikan motosikal, mahu kereta dibelikan kereta? haiyaa.. kak sha! u are 14 now.. get matured okey? jgn nk merajuk2 xtentu fasal okey? dua buah motosikal yg ada itu gunalah untuk ke pasar dan berjumpa kengkawan kamu diblok sebelah menyebelah.. bukan mahu dibawa kemana2pon.. lesen pon tidak ada.. jangan la kebudak-budakan lagi.. ya!

kalau kamu belajar bersungguh2 dan dapat melanjutkan pelajaran ke uni, then if u ask for a motosikal.. for sure your en. abah and pn. emak kamu akan usaha membelikanya untuk kamu.. so kamu sudah besar jadi tunjuklah contoh teladan yang baik buat adik2 dan kazen2 kamu yang lain ya!

sekian repekan hari ini..

Friday, June 12, 2009

::kira laju dah nih::

sume orang sudah mencubanya.. adakah anda sudah??

pn. mak pon teringin..hehe:) ini sahajalah kemampuan pn. mak.. dan memang pn. mak sgt 2 mahir bab taip menaip ini.. mahirlah kiranya lebih kurang ala-ala patuk2 ayam.lah dan yang pasti ayam lagi laju.. betul tak?

inilah kira paling laju setelah dicoba2 beberapa kali.. hehe:)

so layazzz..

30 perkataan

Speedtest

Kamu mencapai 160 markah, jadi kamu berada di posisi 62148 dari 124655 dalam senarai kedudukan


Kamu menaip 193 aksara seminit
you mendapat 30 perkataan betul dan
kamu mendapat 0 perkataan salah

::friday.. i love it::

finally it's friday.. fuhh.. penatnya rasa.. sepanjang minggu been so busy and travel to kampung halaman and continuing working after a very long journey back here.. and also stuck in a big jamming sbb ada trela terbalik masa otw back ari tuh.. tak pernah pn. mak melihat lautan kereta yang begitu banyak stuck kat felda kechau tuh.. heheh:) xkurang jugak yang berpatah balik mencari alternatif lain tuk balik kampung tp pn. mak tetap sabar menanti sehingga jalan2 tersebut dapai dilalui.. bayangakn lah kejadian jalan tidak dapat di lalu berlaku dlm jam 12 tgh.. jam 12 malam baru dapat dialihkan.. mana taknya sume org berpatah balik.. instead of one way je jem.. so jadik two way plak jammed.. rasa capek sgt2.. so thank God.. it's finally friday.. bestnya...so dapatlah pn. mak tido secukupnya besok dan hari seterusnya kan?.. hehe:P and hopefully boboy will well behave.. tidak mengacau kan..
itu saja merepakan buat hari ini
take care.. daa!

Thursday, June 11, 2009

::ketandusan ide::

hari ini boboy bangun awal dr pn. mak dan rasanya telinga dia mcm telinga.. ape ya yg pantang dgr bunyi nih.. erm.. ape2 aje lah.. bila dia terdengar en. bapak membuka pintu untuk ke tempat kerja.. dia terus bingkas bangun and start his radio.. the annoying sound.. hehehe:) tp pagi tadi en. bapak tidak membawak dia meroung kerna dia sudah kelewatan sangat sbb terlewat bangun.. so pn. mak la terpaksa memujuknya and memeluknya dlam selimut kerana pn. mak masih tidak mahu bangun dari mimpi2 nya.. terukkan pn mak.. malas bangun pagi.. tp pn. tetap tidak dapat menyambung tidurnya kerana boboy asek meragam..
akhirnya pn mak terpaksa bangun dan make toast sandwiches untuk boboy dan siapkan dia.. hari ini pn. mak bawak boboy and cik maid berjalan2 kerumah kak sha the eldest kazen.. sajer jek.. sebab mahu menghantar kiriman dan titipan dari kampung.. so bulihlah boboy bermain2 dengan kazen2 dia.. sekarangkan masih dlm mode cuti2 sekolah kan.. so layanzz..

Wednesday, June 10, 2009

::sekadar memberitakan yg terkini::

rasanya belom bersawang lagi blog ini kan.. walaupon beberapa hari tidak menjengahnya.. itu tidak bermaksud pn. mak dah melupakan dunia blogger . akan tetapi pbn. mak telah terover missed boboy so belompon boboy puas berpesta dihutan belukar belakang rumah en. atuk.. pn mak dah pon menyusul pulang jugak ke kampung... apalah pnmak nih.. boboy belom puas bermain dengan ayam dan itik dah terpaksa balik ke kota batu ini..
itu saja sekadar updated akan bersambung later selepas semua tugasan2 perlu disiapkan segera ini siap..

Friday, June 5, 2009

:: drama kegemaran::

penulis ketandusan ideala... mahu bercerita pasal boboy.. boboy nun jauh di kampung halaman.. nak cerita pasal ape ya..
tidak ketahuan la..
ermm ngobral pasal cite favourite pn. mak la..
pn. mak sangat2 suka cerita ini.. setiap petang jika ada kelapangan pn. mak akan menonotonnya.. malah dek sebab siarannya kabur pn. mak sanggup mesubcribe astro semata2 mahu melihat siaran ini dengan jelas.. tayangan drama ini selalu dipertontonkan di TV9 dekattttttt di hati.. setiap isnin hingga jumaat jam 5.30ptg hingga 6.30ptg.. hehe:) kengkadangkan pn. mak xbawakpon boboy bersukaria di taman disebabkan kesibukannya melanguks menonoton rancangan ini.. entah kenapa la kan pn. mak ini.. kasihan dekat boboy..

drama tersebut adalah....

jeng..




jeng...





jeng...




taraaaaaa...





Thursday, June 4, 2009

:: wahai hati::

beradalah dalam keadaan tenang.. berusahalah minda untuk mengembiranya.. berusahalah fizikal untuk menceriakanya.. berpatuklah jari menulis kata2 yang bisa meredakannya.. wahai hati janganlah terlalu bersedeh dan bermuram durja..

jagalah hati, belailah jiwa..manjalah diri.. selagi nyawa dikandung badan selagi jasad masih bernyawa..

wahai hati2.. berhati2lah!

::home alone::

malam tadi adalah malam pertama pn. mak stay kat umah malam2 keseorangan.. maknanya sorang diri .. ermm nak kata pn. mak ni penakit tidaklah.. cuma biasalah kan kengkadang tuh ada rasa seriau yang ntah dari mana datangnya bile duduk berseorangan kan? tetapi malam tadi tidaklah begitu.. pn. mak selamat jek dok sengsorang dirumah dan dia melayan menonton tv cerita cheaper by the dozen 2.. hehehe:) kelakar habess cerita tuh.. walau dah penah menontonnya di cinema masa mula2 keluar dulu dan dah beberapa kali menontonnya di tv tetapi pn. mak masih jugak suka untuk terus menontonnya..
boboy dah selamat sampai dikampung halaman jam 4.30 petang semalam.. mesti boboy tengah berseronok sakan meneroka hutan belukar dibelakang rumah kan.. pn. mak pon rasa teringin nak balik jugak.. xsabar pulak rasanya..


Wednesday, June 3, 2009

:: kantoi ke?::

sudah terkantoi kah?
hehehe:)

itu la kan.. memang susah nak mengubah siapa diri kita.. sebab kita pon jenis yang straight forward jek.. harap2 tidaklah ada org melihat kekantoian tadi.. hehe:)
memang susah sangat2.. sekarang dah macam rasa sedikit ketakutan.. nanti akan berlaku pulak tragedi2 buah epal ka limau ka jambu kan? tak fasal2 pulak stadium runtuh lagi.. hehe:)

kalu pn. mak tersilap tulis lagi tuh.. tolong2 lah peringatkan ya! tp rasanya ada yang nak kena nih! kalu kena lagi.. memang bah melanda lorr!

ape2 pon.. pn mak ucapkan selamat berenjoy la semua

take care.. ciow!!

::adegan di stesen bas::

si boboy sudah selamat dipost ke kampung en. datuknya... tetapi blom lagi sampai baru bertolak jam 9.00 pagi tadi... boboy seronok giler naik bas.. siap bagi pn. mak flying kiss lagik.. dia tidak heranpon walau terpaksa meninggalkan pn. mak dia sensorang.. hehehe: mungkin dia mahu membalas dendam ... sebab selalunya pn. mak dan en bapak je yang sering meninggalkan dia pergi kerja hari2 kan? en. bapak minggu ini bekerja shif malam so.. malam ini pn. mak pasti akan keseorangan dirumah la.. mesti dia rasa takut jugak kan?.. selalunya boboy yg menemaninya.. sekarang terpaksa berkeseorangan.. kesiannya! nampaknya dia kena buat plan B nih.. ermm.. macamnana ya? mahu diajak sapa menemaninya? atau menumpang merempat dirumah org ke? hehe:) nantilah fikir kan!

boboy tadi kan telah dihimpit pintu bas.. shian dia.. tapi mujurlah tiada apa2 perkara buruk yang berlaku.. pn. mak pon tidaklah naik hangin cuma terkezutt beruk gak la.. tetiba anak kesayangan dia dok celah pintu tuh.. kalo pintu tuh langsung tiada ruangan dan rapat ke kednding bas.. mau penyet si boboy.. rasanya melatah pn mak .. silap2 di samannya sarikat bas dan drebar bas sekali tadi.. si uncle drebar bas tuh pon satu kan,.. tak pandang kiri kanan ke sebelom nak bukak pintu itu.. kan tak pasal kena anak orang.. ataupon lain kali bukak la siap2 pintu tuh sebelom org dokberderet berkompol nak naik bas.. haiyak!.. pn. mak marah nih.. geram...! main bukak saja pintunya.. dan boboy pulak dok dekat2 dengan pintu dan tetiba.. dia diseret oleh pintu yang berkuasa angin ittew ke dinding bas.. urgghhhh geram jek bile diingat..

kesiankan dekat boboy kerana dia telah terselit antara pintu yg terbuka dan dinding bas.. nasib baik ruangnya besar so tidaklah siboboy benar2 tersepit cuma terselit saja.. dan boboy pon tidak menunjukakan apa2 kesan kesakitan.. tapi sebenarnya boboy bukan boleh dipercayai sangat.. dek sebab nak bermain2 punya fasal dia rela tidak menghiraukan kesakitan yang dialaminya.. tapi bile disebabkan oleh dimarahi pn mak atau sesiapa yang membuat dia berkecil hati so muka dia memang kesian habesss.. bebek semacam.. huhuhu.. itulah boboy... kecil saja hatinya..

apa-apa pon.. semoga si boboy dan cik maidnya.. selamat tiba di kampung halaman.. pn.mak pasti akan merindui kalian2 semua.. rumah pn.mak pasti kesunyian dan kesepian tanpa suara2 dan hilai tawa penghuninya.. tapi tidak mengapa ia cuma untuk seminggu lebih sahaja.. nanti pn. mak dan en. bapak pulang mengangkut mereka untuk pulang!

selamat bercuti jugak pada kengkawan semua.. have fun and enjoy urself okay!
labiu! muah5x..

take care! and daa!

Tuesday, June 2, 2009

::almost kissing::

hari ini pn. mak dah siap2 plan mahu ke tempat kerja sedikit lewat kerana mahu menyiapkan tugasan2 luarnya dahulu sambil itu dapatlah pn. mak keluar rumah lewat2.. hehe:) ini adalah salah satu taktik malas bangun pagi dan mahu masuk opis lambat.. so memula pagi tadi pn mak pergi kebank untuk selesaikan segala urusan yang perlu diselasaikan dan kemudian mahu ke kedai buat rubber stamp yang versi emergancy kes punya so kena dapatkan cop tuh ari nih jugaks.. so apelagi pn. mak bergegaslah ke the mall sebab dah terbiasa buat business card and instant rubber stamp kat situ.. bile nak cepat2 ni so harganya pon melambung la kan.. biasalah tu..
otw pn. mak selepas selesai urusan dibank.. oh.. tak mention ek.. bawak boboy and cik maid and kak she the eldest kazen skali.. kak sha the eldest kazen sempena coti2 sekolah ni melepak rumah boboy.. melayan boboy la... tetapi sekarang ini boboy akan pn. mak postkan ke kampunguntuk bercoti2 sekolah disana.. hehhe:) dia akan balik ke kampung halaman sepatutnya malam ini tetapi dek kerana kehabisan tiket so.. esok pagi baru dia akan bertolak balik.. pn. mak tidak akan menghantar boboy balik kampung sebaliknya hanya mengepost boboy dengan bas jek.. hope he will well behave all the way to kg.. hopefully lah.. kalau tak.. penatlah cik maid kena layan dia.. hehe.. gud luck ya!

oh! topic kissing right.. tadi masa nk ke the mall.. biasalah rushing2 and boboy pulak buat pael and handphone lak ringging.. bila tiba kat trafic light junction.. pn mak tidak terperasan kereta didepan jalan sedikit jek then stop.. pn mak pulak jalan terus jek and.. breeekkkkkkk!!! dum dom.. damn.. bunyi barang2 dlm kereta disebabkan hentakan brek yg kuat....pn. mak hampir2 menyebabkan kereta pn. mak berciuman dengan bontot kereta gen2.. memang hampir2 sangat nak berciuman.. tetapi nasib baik ramai org.. wakakakah.... silap lah.. nasib baik masih dapat ditahan...

tahap kehampirannya rasa-rasanya angin kalau nk lalu kat celah antara dua kereta inipon kena kempiskan badannya.. betapa closenya kedua kereta ini untuk touch each other.. pn. mak dah kepucatan.. terkezut and pretty panic.. dok berlegar2 diruang kepalanya.. kena ke xkena.. kena ke tak kena.. pn. mak tengok orang dalam kereta gen2 tidak menunjukkan sebarang reaksipon.. relax.. xkeluar2 kereta pon.. pn. mak dah nak keluar checking namun kemudian dia melihat seorang jejakan agak tampan jugaks lah keluar dari kereta tersebut dan checking...then he told pn. mak ok! everything okay.. with the bahasa isyaratlah.. dan ekspresi muka yang tiada apa2 kerosakan berlaku...phuihhhh!!! pn. mak mengeluh lega.. bukan apa kalu dah terkiss tuh.. xdak kaki la pn.mak for a.while bila kereta perlu dihantar repair kan? and memang akan mati kutu lah dia.. tidak dapat bergerak kemana-mana.. heheh:)

pn. mak apelagi selepas itu mula menyalahkan boboy.. dah la tekan break emergancy dan boboy pon dah kiss dashbox.. shian boboy.. tu la boboy jangan buat onar kalau pn.mak tengah bawak kereta tau! alhamdulillah semua selamat.. pengajaran jugak untuk pn. mak.. bile memandau tumpukan perhatian dan fokus pada pemanduan jangan cuba nak menyelam sambil minum air.. semua perkara mahu dibuat dalam satu masa! faham!!!

sorry ya.. kalau tahap kemerepekaa hari ini terover bored.. penulis xdapat berfikir dengan clear sekarang.. ok la gtg..

take care.. bubye!!

Monday, June 1, 2009

::mana nenek?::

dua hari bercuti pn. mak and boboy serta cik maid duduk saja dirumah.. en bapak masih dikampung halamannya.. so dek kerana tiada activiti dan program yang dirancang kami mendiside untuk mengoperasi untuk mengubah serba sedikit bahagian2 rumah yang rasanya telah menyebabkan sakit mata memandangnya.. hehe:P.. u olls know right?apa yang telah dibuat... mereka telah menambahkan sedikit lagi lintang pukang rumah,,, hahaha:) we'll see wether en .bapak suka atau tidak.. and saturday night pulak kami menerima tamu yg telah dijangka dan memang diundang khas.. famili kak sha the eldest kazen bertandang and also overnight there.. so memang meriah sakaannnn la rumah boboy.. boboy seronok skali!

and boboy ape lagi kan terus memulakan operasi tunjuk menunjuk kehebatanya dan segala macam permainan yang ada kepada kazen2 yang ada.. hehe bermacam2 ragamla.. dan yang paling mengelikan hati adalah.. pabila si boboy membuat lawak antarabangsa lewat2 malam.. ceritanya begini ya.. kengkawan... boboy sibuk showing his book not new book bt his fave book and telling people what he already knew about things inside the book.. dan pada ketika itu pn. mak sedang asyik masyuk kesibukan didapur menyediakan kudapan lewat malam untuk para tamu dan kemudian tetiba pn mak terdengar deraian hilai ketawa yang kuat in the living room and pn. mak cuba selidiki apakah yang menyebabkan semua orang ketawa terbahak2 hingga macam mahu pecah perut.. hahaha:D gelak dulu ya! kalu xlawak pon korang sume gelak ya! hehe:)

rupa-rupanya sedang boboy and kazen2 sibuk 'reading' and showing his greatness ... and bile tiba bahagian about family member.. boboy dengan penuh rasa banggga akan tunjukkan sume family member yang dia tahu jugak biasa diperkenalkan kepadanya.. like. mother, father, sister, brother.. grandfather and grandmother.... akan tetapi bile tiba di part nenek ni.. bile his cik maid ask him.. 'nenek mana boboy? .. boboy dengan selamba dan bangganya terus bangun dari position meniarap (selalu dia bile khusuk dia akan menghayati sesuatu benda dengan duduk meniarap.. begitu jugaks bile reading..) and proud showed peolpe around 'who' is nenek ni.. dapatkah anda2 sume bayangkan siapa yang boboy maksudkan nenek ini yang telah menyebabkan seluruh warga diruang tamu rumah pecah berderai dengan hilai dan tawa..

jeng.. jeng.. jeng.. dia bangun and tunjukan his birdie as 'nenek'.. heheh:) macammanalah sume orang tak pecah perut melihatnya..kan? hehe:) xtau lah dimana dia telah mempelajari akan this new family member.. berdie call as nenek? new things for pn. mak jugak.. sbb sebelom nih tidak pernah tau akan' kebijaksanaan' ini.. mungkin jugak ianya disebabkan oleh the pronunciation yg ala-ala dekat so he think nenek is **nek.. betul tak? heheh boboy.. buat lawak tengah2 malam.. kan! dan ini bukan co-incident sebab keesokan paginya pon bile tanya mana nenek dia kan tunjukan that part too.. so 'nenek' behave ur self okay! nanti boboy kena belajar control 'nenek' ya.. pn mak telah bercadang nak train boboy poo and pee in the loo tidak lama lagi.. cuma his loo jek belom dibeli lagi.. ! ini kerana pn. tidak mahu lagi bergantung kepada dypers.. hehe:) jugak mahu mengamalkan gaya hidup berjimat cermat and akak kedikutttt... hahaha:D namun sekarang pn mak cuma sedang menunggu masa dan saat yang sesuai aje!

okay see u, then..

take care.. daa!