Tuesday, June 16, 2009

::pampers kena pakai::

hari ini pn. mak kurung boboy didalam bilik cik maid dia.. sebab dia asek sekaki je dengan pn. mak.. apabila pn. mak memberitahu dia pn. mak nak mandi.. dia dengan sepantas kilat pergi berdiri didepan bathroom dengan mulut tidak berenti berkata.. ndi.. ndi..nak mandi jugak.. dia takut pn. mak tinggalkan dia lerr.. yang paling bagus lagi.. dia siap2 dah tanggalkan seluarnya betul2 didepan pintu bilik air.. pn. mak xjadik mandi and bawak dia naik ke bilik cik maid.. and nasib baik dia nak bermain2 dan tidak mengacau pn. mak mandi lagi.. dan setelah siap bermandi manda pn. mak keluar senyap2 dari bilik... dan menutup pintu bilik tanpa disedari boboy.. hehe:) kerna dia sedang asek bermain2 dengan mainan diadengan dilayan oleh cik maid..

akan tetapi apabila pn mak menghidupkan enjin kereta... dia terus mengintai dari tirai kamar..ditingkat atas... sambil tanganya asek melambai2.. memanggil pn. maknya.. bukan melambai untuk babai ya! melambai mahu pn mak ambil dia.. huhu sayu jek kedengaran.. namun begitu pn mak harus keraskan hati.. kalu tidak makin lambatlah ke tempat kerja..pn mak terus jugak waiving... dia sambil memberikan flying kiss dan memandu keluar..
tata dear!

itu kisah si boboy pada pagi tadi.. namun kisah malam tadi pulak laen hehe:) en. bapak pada minggu ini bekerja shif malam.. so dalam pukul 8.00 mlm dia akan bertolak dari rumah.. petang semalam pn. mak telah siap2 mandikan boboy dan siap pakai pampers namun dia enggan memakai baju.. dalam pada dia dok towaf2 rumah sambil sekaki jek dengan pn. mak tangan dia asek dok menarik2 pampars dia... dan akhirnya berjaya jugak dia menanggalkan pempers yang dipakai.. macam itulah sikap boboy sekarang ini jika tidak dipakaikan seluar dia kan berusaha menanggalkan pampaers yang dipakai.. geram jek pn. mak.. pampers tu baru lima minit dipakai tapi sekarang rosak lah tidak dapat dilekatkan lagi pampers .. semestinya tidak dapat digunakan lagi..

he's so happy .. being naked.. jenjalan dlm rumah.. apabila di panggil untuk pakai balik pampers dia cuba melarikan diri.. akan tetapi.. tiba2 apabila en. bapak dia membuka pintu depan rumah mahu ke tempat kerja.. dia pon terus kelam kabut..seakan panic.. what to do? dan mulutnya dok terkumat kumit menyebut.. pers.. pers.. pers.. mintak dipakaikan pampers untuknya sbb dia mahu membonceng motosikal bersama en. bapak... sungguh mengelikan hati melihat gelagat boboy.. berlari2 ke dalam rumah sambil mengheret plastic pampersnya meminta seseorang memakaikannya..dan kemudian bile kedengaran enjin motosikal berlari pulak kepintu dengan tagisan anak.. takut ditinggalkan en bapak dan tidak dapat nk membonceng motosikal ..dalam waktu yang sama jugak kemudian dia berlari masuk kerumah mahu dipakaikan pampersnya... hehe:-) tergelak kami sekeluarga melihat gelagat dia yg memang sangat2 kelam kabut takut ditinggal en. bapak.. akhirnya berjaya jugak dia dipakaikan pampers. diapon terus berlari mendapatkan en. bapak di luar pagar.. tahu pulak dia ya, kena pakai pampers nak naik motor kan? hehe:)

itu sahaja repekan hari ini..

No comments: