Thursday, July 30, 2009

:: minda bercelaru ::

today is the most boring day pn mak ever had.. so much thing in mind and rasa mcm nk jerrrriiiittttt je sekuat hati.. tapi tiada suara.. rasa berada dalm mimpi ngeri yang kita nak bangun dari tidur tetapi tidak boleh2.. rasa macam kita dahpon menjerit sekuat2 hati tapi tiada siapa yang mendengar..
so apa patut pn. mak buat.. lari keluar dr opes.. dan berpeleseran kemana2 tuk tenangkan fikiran, hati dan jiwa.. dan hari ini pulak pn mak berpuasa.. so rasa mcm puasa ini cuma menahan lapar dan dahaga sebab.. mindanya sangat-sangat bercelaru.. namun kosong.. empty nothing in mind.. like sekejap berserabut kejap kosong..

apakan ini tanda2 depresi awalan .. atau .. mentally disturb.. or.. past traumatic..
sukar mahu diungkapkan rasa sekarang.. sebab pn. mak tidaklah totally out of mind coz she still thinking bout the consequences of every move and action she might be made..
bile minda bercelaru.. akal budi akan hilang .. atau ini cuma sekadar fog depression.. hilang kabus nampak ia..

dunno..

Wednesday, July 29, 2009

:: service kete ::


hari ini hari menservis kereta... mileage pon dah lebey and next week nk berjalan2 cari2 makan plus cari2 pasal.. hehehe:) selalu pn. mak servis kete kat kl.. tapi hari ni servis kat shah alam.. memang pn. mak malas giler nak pegi servis kete ni.. bukan ape.. lama sangat menunggu dan kekadang xde sape nk pick her up balik opis.. terpaksa melanguk 2, 3 jam.. tapi apakan daya.. memang kena buat sendiri.. nak mitak tolong en. bapak.. keje nya ke arah utara.. xpenah masuk area kl atau shah alam.. nak mintak mr. darling.. asek meeting 24hours.. outstation bagai..so terpaksalah buat sendiri..

ermm pretty efficient la service centre kat shah alam nih.. pn. mak bagi 5 bintang.. bravo.. bagusla.. sbb cepat dan pn. mak pon happy la xpayah nk melangguk seharian.... kan.. sambil doh berborak bergossip ngan membere lama onphone.. xsedar masa berlalu.. tetiba kete dah siap.. yeay!!

thank you shah alam for the short and efficient services..

so kl sorry to say la.. ur place mungkin ramai sgt org kot.. so selalu pn. mak servis kete.. hantar jam 10.00am. jam5.00pm baru siap.. dan kekadang lajak ke 6.00pm.. anyway.. thanks for reminding pn. mak kete due to service..


kereta akan happy jika diservis mengikut masanya.. bile kete kita happy.. tentunya kita pon happy kan..

rosak and meragampon lebih menjauh! hehe:)
take care olls.. and take car of our car too!

Tuesday, July 28, 2009

::feberet sinetron lagi ::

masih jua pn mak suka akan sinetron ini.. walaupon jalan ceritanya seakan unending story tapi masih jua ia memberikan banyak pengajaran dalam realiti kehidupan.. jugak inspirasi kepada diri pn mak amnya.. kita hanya mampu merancang namun tuhan yang menentukan.. kenapa mesia tiada kisah2 sebegini.. kenapa setiap sinetron indonesia selalu mendapat tempat dihati kita...

mungkinkah kerana bahasanya.. atau mungkin kerna jalan ceritanya.. atau mungkin kerana masej2nya.. atau mungkin kerana dia tersendiri dan dekat dihati kita..

atau juga mungkin.. kisahnya yang sentiasa punya pertambahan watak setelah watak terdahulu dimatikan.. dan jalan cerita ke arah keagamaanya sesuai ditonton seisi keluarga.. dan pn. mak sukkeee bangat sama pak aqso.. sama macam bak avril sukakan dia.. hehe:) dan dlm episod sekarang bak avril sudah kembali kepangkal jalan dan dan isteri pak aqso juga sudah meninggal duania dan ada kemungkinana bak avril akan mendapat cinta yang didambakannya selama ini.. satu watak antoganis yang berubah kepada watak baik.. dan dalam kehidupan nyata semua iniadalah tidak mustahil.. walaupun garaban cerita yang sederhana namun penuh emosi dan jalan cerita yang memikat jiwa..

cerita ini seolah berubah dari satu warna kewarna yang lain.. yang sangat indah untuk diselami dan didiami.. pertukaran warna pada setiap watak.. medina yang awalnya tidak mahu menyintai lelaki lain selain kekasih hatinya aqso akhirnya jatuh cinta juga pada suaminya.. dan ikram yang pada mulanya seorang pesakit jiwa yang tidak pernah percaya akan isterinya memang ditentukan Allah untuk dirinya dan akan menyintainya akhirnya akur bahawa.. Allah itu MAha Mengetahui lagi Maha Meyanyangi.. dan warna berubah lagi apabila dia sakit dan dirawatin oleh iran yang akhirnya dijadikan isteri keduanya.. pelbagai warna menghiasi setiap watak.. indah dan mempersonakan..

tapikan.. pelakon2 indonesia ini.. pn. mak sukar mahu memastikan religious mereka.. kerna nama2 yang beda dan lebih kepada nama2 kristian dan indonesia.. namun mereka semua membawakan watak muslim sejati.. adakah mereka semua beragama islam.. pn. mak agak bingung.. dan sudah tentu indonesia rata2 pengiikut imam maliki dan dia lebih sama kepada India kan.. pada firasatpn. mak la.. tp tidak pasti.. so kalau salah sila perbetulkan dan maafinlah..



salam.

Monday, July 27, 2009

:: monday blues ::

selamat hari isnin kengkawan.. ada ke kengkawannya.. adala kot.. hehe:)

pn. mak masih jua mengharungi hari2 biasanya dengan penuh keboringan tanpa boboy disisinya.. rasa agak semacam jugak bile tiadanya sikecik itu yang selalu pn. mak jadikan alasan.. untuk apa jua alasannya.. lambat nak ke tempat keje sbb terpaksa melayan dia.. rumah bersepah sbb dia sangat rajin tolong 'tidy'kan.. hehe:) tapi sebenarnya without boboy pon rumah pn. mak still jugak bersepah2 and rasanya lagi teruk.. wehehee.. pn. mak jugak still lambat jugak ke tempat kerje.. hehe:) monday bluesla katakan.. kekununnya.. tp memang malas sangat nak pegi kerja..

this monday pulak was not like others monday sbb ada komplikasi sedikit ditempat kerja.. komplikasi yang sengaja mereka dibiarkan tergantung dan tidak berkesudahan ... tanpa ada penghujungnya atau penutup yang yang membuat segala permasalah itu dapat berkubur aman...tanpa juga ada jalan penyelesaian yang jelas dan bebas..

ini adalah kerana pn mak mahu agar semua orang2 yang berakal fikiran yang waras itu dapat dapat meneliti dan memikirkan permasalahan itu dengan penuh ketenangan dan keamanan dan bukan lagi dalam pemikiran yang amarah.. so sekarang terpulanglah kepada mereka mahu mencari titik penyudah yang bagaimana.. mahu menyudahkan dengan hati yang lapang dan ikhlas dan mencari penyelesaiannya atau masih mahu ketegak.. dan berpura2 everything ookey tetapi sebenarnya tidak.. terpulang kepada budi akal dan pemikiran memasing..

ada pn. mak kesah!!!.. wakakahkah..

fikir2 dan renung2kanlah!
daa!


Wednesday, July 22, 2009

:: deep in me::

feel so very bored.. with keje yang melambak..zero sebenarnya.. buat pn. mak sedikit kebengangan sebab boring tahap gaban.. rasa macam perlukan transformasi segera..
tranformer.. help me!!!!!

pn. mak jugak kebosanan sebab boboy bercoti2 mesia kekampung halaman sempena musim buah.. kekunun menolong kutip buah yang luruh dengan atuknya dikampung.. boboy seronok sakan.. dapat makan buah2an tempatan.. lagi lawak bile dia makan rambutan sampai senget benget mulut dia.. sebab dia suka sumbat je buah tu tidak mahu pegang sambil makan.. hehe:) diapon makan duku.. kalau sesaipa lambat kopekkan buah tu dia hentam makan ngan kulit2 tapi bile dah rasa kelat mula dia tarik muka siap sembur2 air liur.. seronok tengok dia..


tapi kalau bagi buah yang macam gini barulah dia tak sumbat semua dalam mulut kan? hehe






tapi sekarang ini pn. mak rinduuuuu sangat2 kat dia.. rindu dia selalu buat peel tiap2 pagi mintak dibawak meraund.. rindu dia berlari2 kesana kemari kekalutan bile en. bapak nak pergi kerja.. takut en. bapak xbawak dia vrooommm.. vrommm.. keliling taman..



tapi tak mengapa lagi dua minggu boboy balikla kesini..

Tuesday, July 21, 2009

:: xikhlas ::


makin lama makin malas nak updated blog yang satu ini.. mungkin sebab susahla nak bercerita sambil berlapik2 kan.. nk straight forward kang nanti ada yang giler meroyan pulak.. so tengok mood la.. cane..

nak cari kawan2 pon rasa mcm xikhlas.. nk upload gambo.. masalah... so bersabar saja lah buat sementara waktu.. tapi life is too short to just be wait and see kan?

Monday, July 13, 2009

:: second tag :::

sebab malas nk update blog.. so layan buat tag je.. .. tapi bukan pon pn mak ditagging.. tapi rasa macam nak tambahkan kerja yang sedia ada.. hehe:) dan tag ini diambil dari sini.. mintak dihalalkan ya tuan rumah!

1. Bekas kekasih saya – ntah la..tidak diambil tahu pulak.. lagipon tiada kena mengena kan?

2. Saya sedang mendengar – bunyi desingan aircond di kantorku.. binggit nan kekadang mengiramakan lagu.. speaker pc rosak maa! huhu:(

4. Saya suka – berada dirumah bersama orang2 kesayangan saya.. tapi sekarang saya sedang tuag waktu kerja..hehe:)

5. Sahabat-sahabat saya – adalah orang yang sentiasa memberikan dorongan dan semangat dan berkongsi sukaduka bersama...

6. Saya tak faham – kenapa saya bile makin banyak belajar makin jadi tidak tahu..

7. Saya kehilangan – nyawaku juga permata hatiku on 22 feb 2005..

8. Ramai yang berkata – saya mixed arab o india.. wakahkah.. perasann lol!

9. Cinta itu adalah – milik Allah nan Abadi..

10. Di suatu tempat, seseorang sedang – sibuk bekerja namun masih sempat menelefonku.. rindu la tu ekk? ..

11. Saya akan cuba – menjadi yang lebih baik dari hari ini..

12. Perkataan SELAMANYA membawa maksud – infinity..

13. Telefon bimbit saya – kaler merah

14. Bila saya terjaga – saya tahu saya masih bernyawa..

15. Saya paling meluat – org yg menikam kawan dari belakang dan jugak talam dua muka

16. Pesta/parti adalah – grand, stylish and happening surrounding with the people i love the most..

17. Haiwan yang paling comel pernah saya temui – ntahla.. haiwan ni.. kureng la..

19. Hari ini – akan jadi sejarah

20. Malam ini saya akan – menelefon sidia nun diperantauan..

21. Esok pula saya akan – bercuti..

22. Saya betul-betul inginkan – dia sentiasa disisi!

23. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini – do i look gorgeous..? bulih?

24. Pusat membeli-belah atau arked permainan – arked permainan.. sbb boboy lebih terkawal.

25. Makanan Barat atau Jepun? – Barattt...

26. Bilik yang terang atau gelap? – ala2 gelap.. supaya boboy cepat tido..

27. Makanan segera adalah – ape yg sy kekadang teringin sangat nk makan..

28. Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang – nite.. missed utoo!

29. Lepas ini saya akan – ke pejabat pos..

30. Siapa yang anda ingin tag – nobody.. tapi sesapa nk amik la..

Tuesday, July 7, 2009

:: my navigator kecik ::


sekarang boboy dah pandai jadi navigator bile memandu bersama pn. mak.. setiap kali ada simpang saja my navigator ini mesti memberikan direction jalan yang perlu mesti dilalui.. jika tidak dia akan menagis meraung2.. ini saje nak meraund lebey la ni kan? hahaa:)

bile ada simpang je.. dan pn. mak belok kiri atau kana.. maka dia kan memberikan arahan jalan yang bertentangan.. adoi.. kekadang bulihla dilayan .. kekadang tu terpaksa pn. mak biarkan saja..

and the small navigator ini jugak.. sangat pantang bile sesipa sahaja yang membuka cermin tingkap kereta.. tidak kisahlah walau dengan pa jua alasan .. bile ada saja sesiapa yang membukanya.. dia kan segera.. mengarahkan.. tup.. tup.. dan tangan keciknya sibuk carik button downkan window.. haiyak.. bahayala sayang.. dah la button tu tepi.. door driver..

dan jugak tidak ketinggalan.. setiapkali nampak saja bumbung plaza tol.. dia kan segera mencari2 smart tag pn. mak dan dia akan membuka setiap laci comprtment yang ada dalam kereta mencari2 si smarttag// bile berjumpanya dia akan talakan ke arah plaza tol.. sabau je lah kan.. walau masih jauh dia dah kelam kabut buat segala.. tetapi pegangnya kekadang terbalik and senget benget dan kekadang itu tersangkut di laluan smart tag.. hehe:)

betapa kanak2 ini sangat menyerap info persekitarannya kan..

tetapi hari ini.. dia mendapat berita sedih.. sebab cik maid dia telah mendapat pekerjaan baru.. semestinya tugas dan tanggungjawab baru dengan salary yang lebih lumayan.. walau apepon.. tahniah buat cik maid so esok.. boboy tidak ada lagi pengasuh.. pn. mak harus pulang awal hari ini.. harus servey the best place for him.. for tommorrow..

congratulation to the cik maid. selamat bekerja dengan penuh dedikasi dan ikhlas..

Thursday, July 2, 2009

:: perkataan baru ::

hari ini pn. mak coretkan kisah boboy semalam.. en. bapak ke tempat kerja sedikit awalan.. namun masih jua dia sempat membonceng si boboy diatas motosikalnya.. dibawak meraund2 taman perumahan lebih kurang lima minit la.. dan bila saje en. bapak menghantar boboy masuk dan menutup pintu pagar tetapi en bapak diluar dan boboy didalam .. dia segera berlari2 mendapatkan en. bapak dan menagis2.. sebab en bapak keluar tidak membawanya bersama kali ini..

walau telah diberitahu bahawa en. bapak mahu pergi kerja.. boboy tidak boleh mengikutnya.. masih jua si boboy tetap berdegil.. di goyang2kan gate sampai satu taman keruihan.. so pn. mak keluar mendapatkan dia.. menyuruhnya babai kat en. bapak.. memberitahunya yang en. bapak tidak boleh membawanya .. namun boboy tidak mengendahkan semua pujukan pn. mak sebaliknya.. dia asek mengatakan..

"nga.... nga.." ~kena tinggal
" nga." ~ en bapak tinggal boboy

apabila motosikal en. bapak tidak lagi kelihatan dari laman rumah itu..
setelah dibawa masuk kedalam rumahpon dia masih meyebut perkataan itu sambil diceritakan kepada cik maidnya

"nga.." ~ kena tinggal

itulah si boboy.. tetapi nasib baik pagi ini dia bersikap baik.. dia mungkin asyik mengikut je en. bapak kemana2 .. jadi dia terlupa yang pn. mak mahu ketempat kerja pulak.. dan pertama kali dia behave jek.. babai pn. mai dr dalam rumah.. mamberikan ciuman layangan.. dan tidak menangis..
terima kasih sayang.. boboy kena belajar memahami situasi okay..
jadi anak yang baik ok!
Insya Allah!

sekian repekan hari ini.. see olls later.. daa!

Wednesday, July 1, 2009

:: just something to write::

penatnya pn mak rasa.. sebabnya sepanjang hari berada di atas jalanan.. memandu ke beberapa tempat.. dan ada lagi destinasinya namun mahu ditangguhkan ke esok hari saja.. sudah kepenatan.. lagipon tidak perkara itu terlalu mendesak.. disebabkan asek dok menunggu saja sepanjang hari.. ke bank.. maka bertambahlah kadar kepenatan pn mak.

pagi tadi menunggu2 dibank.. menunggu giliran dah satu hal (walau xbanyak customer tapi lembab jek) tapi kena pulak menunggu line on... lagi lah.. berejam.. kenapa lately maybank asek offline jek? samada hendak atau tidak terpaksalah jugak pn. mak menunggu beberapa jam sebab urusniaga ini telah ditangguhkan dari semalam.. dan perlu disegerakan..agak ketensian namun.. itulah rutin.. walaupon sama saja apa yang dilakukan setiap hari namun tetap ada spicenya kan.. menambahkan warna warni kehidupan..

kemudian ke company secretary.. menunggu lagi.. dah la the owner berada di luar kawasan tapi syukerlah kerna masih jua dapat dihubungi... namun masih jua terpaksa menunggu.. menunggu dia tiba di opisnya dan kemudian pulak menunggu dia menyiapkan dokumen document yang dijanji siap hari ni tetapi masih jua belom disiapkan lagi.. waiting lagi.. hehe:) pon begitu tidaklah pn. mak ketensian sangat menunggu yang ini .. but stil she hate waiting.. hehe:) so bersabarlah pn. mak..

no update pasal boboy jugak hari ini.. sebab boboy dibercutikan dari membuat perangai2..

bulih camgituuu?

daa! take care!